Wednesday 5 December 2012

Siti pun berFareeda

Perghhhh...comel giler tengok siti berfareeda..tapi sebenarnya aku rasa comel siti bertudung..tak kira la tudung ape pun...yang ni cerita pasal siti nak lelong tudung fareeda dia sempena makan malam amal untuk mengumpul dana yayasan Aids..kat bawah ni aku copy berita dari mstar online untuk makluman kolita semua...

mStar Online : Siti Nurhaliza Lelong Tudung Bantu Pesakit HIV/AIDS

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin akan melelong dua pasang tudung miliknya rekaan jenama Fareeda pada malam Persembahan Makan Malam Amal Tahajjud Cinta bagi mengutip dana untuk dua buah pertubuhan kebajikan iaitu Yayasan AIDS Malaysia dan Yayasan Ihtimam Malaysia.

Siti berkata, tudung yang bakal digayakan pada persembahan itu nanti akan mendapat sentuhannya sendiri dari segi rekaan mengikut citarasanya denan bantuan Fareeda.

"Insya Allah saya akan mereka khas tudung untuk malam persembahan itu yang akan dilelong selain tudung yang saya pakai pada sidang media ini turut dilelong.

"Kedua-dua tudung tersebut adalah direka khas dan tidak dijual dalam rangkaian jenama popular itu," jelasnya.

Siti ditemui selepas sidang media persembahan tersebut yang bakal diadakan pada 30 Januari 2013 di Hotel Grand Hyatt pada pukul 8 malam.

Dalam pada itu, Siti berkata, sebagai Selebriti Sokongan Riben Merah Yayasan AIDS Malaysia sejak 2009 beliau sentiasa terbuka kepada program-progam bersifat amal dan sekaligus dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Ujar Siti, dia berbangga dapat memberikan sedikit bantuan untuk mengutip dana buat pesakit AIDS dan berharap persembahan itu nanti dapat mengumpul dana sebanyak mungkin.

"Stigma masyarakat terhadap pesakit HIV/AIDS masih menebal dalam masyarakat Malaysia.
Siti (tengah) bersama wakil jenama Fareeda iaitu Mawar Aminuddin, pelakon Fahrin Ahmad dan Muhardiman Ismail daripada kumpulan Mohram (paling kiri). Foto LIM CHENG KIAT.

"Selain membantu mengutip dana untuk membantu mereka, diharap makan malam amal itu nanti dapat mengubah pandangan masyarakat kita mengenai mereka.

"Perjuangan orang yang hidup dengan HIV/AIDS sentiasa menjadi perhatian saya dan pembabitan siti dalam program selebriti sokongan telah membuka mata saya tentang realiti golongan itu," jelasnya.

Sementara itu, Siti berkata beliau akan mengadakan persembahan selama 30 minit dengan mengangkat tema kerohanian daripada album Tahajjud Cinta yang pernah dikeluarkan pada tahun 2009.

Tambah Siti, persembahan itu nanti turut diiringi oleh kumpulan Mohram dan susunan muzik oleh pengarah muzik terkenal, Aubrey Suwito.

"Selain mempersembahkan lagu-lagu daripada album Tahajjud Cinta, saya turut akan menyampaikan beberapa lagu terkini yang sesuai dengan tema persembahan iaitu kerohanian," jelasnya.

Hasil kutipan daripada persembahan itu nanti akan disalurkan untuk pembangunan program-program pendidikan, pencegahan, rawatan, jagaan dan sokongan bagi membantu golongan penghidap HIV/AIDS di Malaysia termasuk pembinaan sebuah rumah perlindungan untuk wanita dan kanak-kanak di Kelantan.

Persembahan Makan Malam Amal itu nanti turut mendapat tajaan penuh daripada jenama tudung Fareeda dan Hotel Grand Hyatt. -mstar online

P/s: gambar tu aku ambil dari fb salah seorang peminat fareeda yg share pic ni..pinjam pic yer...

No comments:

Post a Comment