Friday 18 October 2013

DEBARAN SEMAKIN TERASA

Assalamualaikum...

Hai...apa cerita hujung minggu blogger semua...ada perancangan bagus ker? Akak yak de rancang ape2 pun..memang niat nak duduk rehat kat rmah jer..sekarang dah tak boleh nak gerak banyak dah..pinggang sakit sangat...badan pun lemah...
Hari ni usia kandungan dah mencecah 31 minggu...bila teringat pengalaman di labour room...hati jadi berdebar debar..bukan ape..sebab waktu ain dulu alhamdulillah..Allah petmudahkan..sakit pun lebih kurang 2 jam jer..lepas tu ain selamat dilahirkan...tapi 2 jam pun kalau diingat balik..kesakitan nye memang tak de tandingan..memang berair mata la...tapi itu la pengorbanan seorang ibu..macam tu la dulu mak kita nak lahirkan kita...
Bila dah rasa sendiri..akak yakin kita akan lebih menghargai ibu kita...para suami yang pernah tengok proses isteri melahirkan anak pun pasti akan lebih menghargai para isteri..akak masih ingat lagi macam mana air muka gelisah abah ain masa temankan akak dalam labour room...masa dia tenangkan akak ketika neneran..dia sendiri pun tak berapa tenang bila tengok isteri dia dalaam kesakitan..apa pun...mama ucapkan terima kasih kepada abah ain sebab memberanikan diri teman mama..
Mudah2 mudahkan kelahiran kali ini juga dipermudahkan oleh Allah Swt...insyaallah..

Thursday 17 October 2013

Bila Ain Dah Pandai Bertanya

Assalamualaikum...

Hehehe...update blog ni ade masa pasang surut...kejap tengelam kejap timbul...hehehe...tak pe la..janji i hepi...

Sekarang ni..anak dara mama tu memang kuat betul bertanya..naluri ingin tahu dia betul-betul mencabar mama yang kadang-kadang tak reti dah nak menjawab ape..hehehe
tapi mama tak marah pun..tanya la sayang...apa sahaja yang ain nak tanya...mama akan cuba menjawab...

tapi yang terbaru...satu pertanyaan ain yang membuatkan mama tergelak besar...budak manja sorang tu boleh tanya "mama tak buat susu ain?"...Hehehehe...padahal mama dah buat..tp mama lupa nak bawak masuk bilik....bila tengok mama masuk bilik tanpa bawak susu yang diminta sebelumnya.. terus dia tanya mama...cerdik betul...memang mama tak sangka Ain akan tanya mama macam tu....umur baru dua tahun 08 bulan..tapi bercakap dah macam budak umur 05 tahun..

Alhamdulillah..setakat ni mama bersyukur dengan pembesaran dan perkembangan mental dan fizikal yang ditunjukkan oleh Ain..Mama doakan anak mama terus membesar dengan sihat dan menjadi bijak pandai satu hari kelak...insya Allah...

Saturday 5 October 2013

Berapa jam sehari kita bersama anak-anak?

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu semua blogger..minggu ni tak kemana-mana..habiskan weekend bersama ain balqis...

Bila dipikir pikirkan balik...semakin hari...semakin sikit masa bersama ain...tuntutan kerja dan keadaan kesihatan menjadi faktor kurang masa dihabiskan bersama anak tersayang sorang ni...bayangkanlah...pagi2 hari seawal jam 7 lebih dah hantar ain ke rumah pengasuh...tu pun ain tido lagi..abih kerja pukul 5 baru balik..balik rumah sibuk nak bersihkan diri..kalau rajin memasak untuk makan malam...kemas rumah sikit2... Lepas tu badan dah penat...lebih2 lagi kehamilan dah cecah hampir 8 bulan ni...paling lewat pun boleh bertahan sampai pukul 11....lepas tu nama dah lena...berapa jam sangat la masa mama boleh bergurau senda dengan anak mama ni dalam sehari...kesian plak die.. 

Jadi hujung minggu macam ni je la mama nak gunakan sepenuhnya untuk bermain dah bergembira dengan ain...esok bila dah ada adik mungkin banyak masa mama akan concerntrate pada adik...tapi insyaallah..mama janji mama tak akan sampai abaikan ain...

Tu la kan...bila kita dah jadi ibu ni..keutamaan kita adalah anak segala2nya....nasib baik abah ain sangat memahami keadaan kesihatan mama..jadi malam2 kalau mama dah tido awal..abah la yang melayan kerenah anak dara comel tu sampai la tido..terima kasih sayang...

Mencuba makanan yang bermanfaat untuk ibu mengandung

Assalamualaikum...

Hari ni akak nak kongsikan beberapa makanan dan minuman yang akak ambil bagi membantu mendapatkan kandungan yang sihat..insyaallah..sebenarnya akak banyak cari maklumat dari internet untuk tahu ape jenis makanan tambahan dan bila waktu sesuai untuk makan...setelah info diperolehi akak buat keputusan untuk mula ambil makanan ni setelah kandungan melebihi 7 bulan...

1-Madu Asli
Okeyh...first sekali akak makan madu asli 2 sudu sehari. Antara Manfaat Madu Untuk Ibu Hamil dan Janin

1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
3. Mengurangi rasa mual pada masa kehamilan
4. Menambah nafsu makan bagi ibu hamil
5. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.
6. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
7. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
8. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
9. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.
10. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan puncak lelah jika tidak habis dikeluarkan.
11. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut.
12. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
13. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat. 14. Mengelak dari kembung perut bayi.
15. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perut atau rahim.
16. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

2- Buah kurma / tamar

KELEBIHAN KURMA BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak."Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.Terdapat juga di dalam al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya:" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.

Jadi..setiap pagi sekarang ni..sebelum ambil apa2 makanan lain atau breakfast..akak akak makan sekurang kurangnya sebiji kurma terlebih dahulu...sedap dan memberi tenaga...

3-Air Kelapa Muda

Tuesday 1 October 2013

BILA MAMA MELARAM...

EHEM..EHEM...ASSALAMUALAIKUM...

BILA NAK DICRITAKAN PENGALAMAN MENGANDUNG NI..MEMANG BERBEZA SETIAP ORANG...SETIAP ORANG AKAN HADIR PERASAAN YANG BERBEZA ANTARA SATU SAMA LAIN...ADA YANG SUKA..ADA YANG SEDIH..ADA YANG EXCITED...ADA YANG TAK SUKA...MACAM-MACAM LA..

BUKAN ITU SAHAJA..MALAH DIRI KITA SENDIRI PUN BOLEH RASAI KELAINAN ANTARA KEHAMILAN PERTAMA DAN YANG SETERUSNYA...SEJUJURNYA..KEHAMILAN KALI INI LAIN SANGAT DENGAN MASA HAMILKAN AIN DULU...MASA MENGANDUNGKAN AIN DULU...MAMA TAK KISAH PUN TAK PAKAI BAJU APE KE OFFICE..KALAU TAK SALAH, DAH KANDUNGAN MASUK 8 BULAN PUN MAMA MASIH PAKAI BAJU KURUNG....MAKE UP?? TAK PAYAH SEBUT LA..NAK SAPU BEDAK KAT MUKA PUN MALAS MASA TU..
TAPI LAIN SANGAT DENGAN KEHAMILAN KALI NI...HURM..BUKAN LA KATE MELAWA MANE SANGAT PUN.. CUMA ASPEK PENAMPILAN DIRI TU SANGAT DI UTAMAKAN...SETIAP HARI PIKIR NAK PAKAI BAJU MANA... SELAIN TU SELALU JUGAK SURF INTERNET UNTUK TENGOK BAJU-BAJU MENGANDUNG YANG LEBIH SESUAI DIPAKAI KE PEJABAT SELAIN DARI BAJU BERIKAT TALI DI BELAKANG....(HUHUHUHU) 
JANGAN TAK PERCAYA...KANDUNGAN DAH MASUK 7 BULAN PUN MAMA AIN NI STILL MELARAM NGAN BAJU KURUNG MODEN...WAHAHAAH...
ADA YANG KATA MUNGKIN BABY BOY KOT...TAPI SETAKAT DAH 3 KALI SCAN NI...DOKTOR KATA TAK NAMPAK..SO MAMA TAK NAK LETAK HARAPAN YANG TINGGI..SO TAK KISAH LA BABY BOY KE BABY GIRL KE KAMI TERIMA DENGAN IKHLAS HATI..YANG PENTING BABY LAHIR DENGAN SIHAT DAN SEMPURNA...INSYA ALLAH..
HARI NI PERGI BUAT ROUTINE CHECKUP LAGI...HUHUHU...FISH TAIL PINK MENJADI PILIHAN MAMA...WAHAHAHA...MANA YANG SAKIT MATA NAK TENGOK TU...JANGAN TENGOK YER...MUMMY SORANG NI TENGAH GIAN NAK MALARAM...NANTI 44 HARI NAK KENA PAKAI KAIN BATIK NGAN BAJU T-SHIRT JER....HAHAHAHA...