Salam...malam tadi aku berdebat dengan en.aziran berkaitan jual beli emas secara ansuran atau hutang..jadi bagi memuaskan hati kedua pihak..kami pun goggle la untuk mendapatkan kepastian...
Terjumpa la jawapan ni dari zaharuddin.net....dan aku rasa bertanggung jawab untuk share kan jawapan ni...aku confirm ramai yang tak th pasal ni sebab aku tgk masih banyak kedai emas yang menawarkan perkhidmatan jual beli secara hutang....
Hukum Beli Emas Secara Ansuran & Trade 'In'
Hukum Beli Emas Ansuran & Trade 'In'
a- Ustaz, saya ada mendengar bahawa barangan emas tidak boleh di beli secara ansuran, adakah ia benar dan mengapa? Untuk makluman, jual beli emas secara tangguh ini amat berleluasa terutamanya di Kelantan.
b- Pohon penjelasan ustaz juga berkenaan cara menukar emas lama dengan yang baru, yang dikenali sebagai "trade in" yang selalu di lakukan oleh kaum wanita di Malaysia.
- ingin selamat di akhirat-
Jawapan :
a. Jawapan Emas di Jual Beli Secara Ansuran.
Semua ulama empat mazhab mengharamkan jual beli barangan emas secara ansuran dan hutang.
Bagaimanapun, terdapat pandangan yang mengatakan ia bukan lagi di anggap emas kerana telah dibentuk, bagaimanapun semua empat mazhab menolak hujah ini kerana gelkang, cincin, rantai emas itu, walaupun telah di bentuk ia masih lagi emas dan tidak akan terkeluar dari sifat emasnya.
Untuk keterangan lanjut..korang boleh buka zaharuddin.net punye page..kat situ memang banyak soal jawab berkaitan kekilafan hukum hakam agama ni....
Sama2 la kita manfaatkan ilmu yang ada yer...selamat beramal...
No comments:
Post a Comment