Monday, 21 January 2013

Susahnya nak Ubah

Salam...dan selamat pagi semua...ape kabo blogger sume...? 

Koi tak brp sihat lagi..dah dekat 2 minggu batuk dan selsema...Degil betul virus ni...dia sayang agoknye nak meninggalkan koi yang santekkk ni...huhuhuhu...

Sebenarnya entry ni semalam lagi koi nak tulis..tapi di sebabkan kerja menghambat untuk diselesaikan...Koi utamakan dulu mane yang patut dulu..pagi ni koi tengah buat paper work untuk program 2013...Sambil2 tu koi surf internet cari info dan guide....
Sebenarnya semalam koi ade terbaca status FB seorang ustaz, koi tak ingat doh name die...Die tulis kat status tu...die menyesali sikapnya yang pernah menegur seorang hamba Allah yang minum Air Zam Zam menggunakan tangan kiri...Tanpa usul periksa dia berkata kepada hamba Allah tersebut "lebih baik kalau minum dengan tangan kanan" 

Hamba Allah itu menjawab dengan raut wajah yang sedih, "tangan kanan saya tidak boleh bergerak kerana sakit saraf" 

Moral dari status ini ustaz nak bagi tahu kita semua jangan terus menghukum atau memberi penilaian kepada orang lain tanpa usul periksa dulu. Uztaz menulis lagi..alangkah baik jika dia bertanya "kenapa tidak gunakan tangan kanan" dari terus memberi mengatakan lebih baik kalau gunakan tangan kanan".

Tersentap dengan status ini aku menilai diri aku sendiri...aku begitu selesa menggunakan tangan kiriku..tidak kira la apa pun urusan..Ini kerana aku seorang yang kidal...Bermula dari semalam..aku telah bernekad untuk memaksa dan mengajar diri aku untuk menggunakan tangan kanan...MEmang susah..keran sudah terbiasa...Tapi aku yakin..Jika niat aku betul..In shaa Allah aku mampu lakukan...

No comments:

Post a Comment