Monday, 16 December 2013

Hari ke 12...Tercabut tali pusat

Assalamualaikum...alhamdulillah..hari ni dapat juga mama sambung niat untuk terus menulis pengalaman manis mama bergelar mama kepada seorang putera dan seorang puteri...

Duactiga hari yang lalu memang mama tak berkesempatan langsung nak menulis...walaupun banyak waktu terluang tetapicada sahaja perkara yang mama lakukan..terutamanya goggle berkaitan dengan jaundice...

Hari ni hari ke 6 anak lelaki mama berulang alik ke klinik kesihatan bagi mengambil sample darah...hari ni bacaan jaundicenya turun sikit...241.6...berbanding semalam...249...tarik nafas lega mama bila doktor kats tak perlu masuk wad...tetapi masih perlu  datang ambil darah esok...redha je la...tapi kesian kat anak mama..kalau di temerloh ni ade klinik swasta yg boleh buat ujian darah tanpa perlu cucuk di tapak kaki..mama dah bawak anak mama pergi..tapi apa kan daya...disini tiada pilihan nak...semoga anak lelaki mama kuat menghadapi dugaan demi dugaan ini...

Hari ada dua perkara besar berlaku...pertamanya...hari ni abah pergi daftarkan secara rasminya nama hero mama ni..so secara rasminya..kami sepakat memilih nama..Aiman Iskandar bin Mohd Aziran... Yang bermaksud raja yang bertuah...lebih kurang dengan nama kakak nya Ain Balqis Mohd Aziran Yang bermaksud Permaisuri bermata cantik...alhamdulillah..dah ada nama putera mama....

Perkara kedua yang berlaku hari ini ialah..tali pusay aiman dah tercabut....wahHhh..lambatkan...ade yang kata 3 hari dah tercabut..tapi mama tak kisah...lambat pun tak pe..yang penting kita jagacsekitar pusat tu dan pastikan dia sentiasa bersih dah kering...sampai masa tercabut la...ade orang lain tu sampai 2 minggu baru tercabut...tak kisah la...yang penting dia tercabut secara semulajadi tanpa perlu tambahan ubat ubat lain selain yang diberikan oleh doktor...tak perlu risau tentang tali pusat sangat..kerana walaupun tergantung je kat pusat..tapi ia tudak menyakitkan baby kerana tiada uratvsaraf yang bersambung dengan tali pusat tersebut...just pastikan its clean and dry...that all...

Orait..nanti kita cita lagi ek..memang banyak cite nak flashback dari hari lahir aiman...inshaallah...

No comments:

Post a Comment