ASSALAMUALAIKUM...
MEMANDANGKAN MAK TENGAH MENGANDUNG SEKARANG...MAK RASA ENTRY MAK DARI SEKARANG AKAN BANYAK BERKAITAN DENGAN PREGNANCY DAN PENGALAMAN MAK SEPANJANG 9 BULAN 10 HARI NI... SAJE NAK KONGSI-KONGSI...MANA LA TAHU KAN ADE INFO-INFI YANG BERGUNA YANG BOLEH DIGUNAKAN ORANG LAIN.
ACTUALLY, UNTUK IBU MENGANDUNG ATAU HAMIL NI..TAK BANYAK SANGAT KEPERLUAN FIZIKAL YANG DIPERLUKAN...TAPI KEPERLUAN MENTAL MEMANG SANGAT TINGGI. IBU HAMIL ATAU BAKAL HAMIL MEMANG PERLU BERSEDIA DARI SEGI MENTAL... TERUTAMA SEKALI BAGI YANG BARU PERTAMA KALI HAMIL. EMOSI DAN PEMIKIRAN KITA MEMANG AKAN SEDIKIT (ADA YANG BANYAK) BERUBAH. OELH IBU KEPADA PARA BAKAL IBU DAN BAKAL BAPA, BERSEDIALAH DARI SEGI MENTAL KERANA PERILAKU DAN PEMIKIRAN KITA SEPANJANG MENGANDUNG BOLEH MEMPENGARUHI BAYI YANG AKAN DILAHIRKAN. OLEH ITU SENTIASALAH BERSABAR DAN BERBINCANG JIKA ADA MENGHADAPI MASALAH. SETIAP DARI KITA PERLU MENGAWAL EMOSI AGAR TIDAK BERLAKU PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DIINGINI.SUAMI SANGAT MEMAINKAN PERANAN PENTING UNTUK MENJADI PENDORONG DAN KEKUATAN KEPADA ISTERI AGAR DAPAT MENGHADAPI SETIAP DUGAAN DAN CABARAN SEPANJANG TEMPOH KEHAMILAN.
OK LA...TUTUP BAB PERSEDIAAN DARI SEGI MENTAL. JOM KITA SENARAIKAN PULA KEPERLUAN LUARAN IBU HAMIL. TAPI JANGAN LA RUSHING...SEBAB SEMUA KEPERLUAN NI INSYAALLAH KITA BOLEH PENUHKAN SEPANJANG 9 BULAN KEHAMILAN MENGIKUT KEPERLUAN.
1- SUSU
TERPULANGLA KEPADA IBU HAMIL NAK PILIH BRAND APA BAGI SUSU NI..TAPI SUSU MEMANG SANGAT PENTING BAGI MENABAH KALSIUM DALAM BADAN KITA DIMANA KALSIUM JUGA DIPERLUKAN UNTUK PERTUMBUHAN TULANG BAYI. BAGI MAK, MAK SUKA MINUM SUSU ANMUM
2- VITAMIN
MASA TRIMESTER PERTAMA, MAK GUNAKAN VITAMIN DARI SHAKLEE
SET IBU HAMIL
TAPI BILA DAH MASUK 6 BULAN, MAK START MAKAN VITAMIN YANG DIBEKALKAN OLEH KLINIK KESIHATAN. VITAMIN NI MEMANG PENTING UTNUK BANTU KITA KEKALKAN KERPERLUAN-KEPERLUAN ASAS VITAMIN DALAM BADAN. SEBAB KENAPA MASUK 6 BULAN BARU MAK MAKAN UBAT KLINIK, SEBAB MAK PERNAH TERBACA SATU ARTIKEL MENGATAKAN KALAU KITA MAKAN VITAMIN DARI KLINIK KESIHATAN DARI AWAL, SAIZ BABY MUNGKIN AKAN BESAR DAN MENYUSAHKAN PROSES BERSALIN. TAPI MAK SENDIRI TAK PASTI KESAHIHAN PENYATAAN INI.
3- AIR MASAK
SEPANJANG PROSES KEHAMILAN, AIR MASAK ATAU AIR KOSONG MESTILAH MENJADI TEMAN BAIK KITA. INI KERANA AIR MASAK SANGAT DIPERLUKAN BAGI MEMBEKALKAN CECAIR DALAM BADAN. SELAIN DARI ITU, MEMINUM AIR MASAK YANG BANYAK JUGA BOLEH MENGELAKKAN KITA TERKENA AIR KENCING KOTOR DAN SEBAGAINYA. OLEH ITU, SANGAT LA DISARANKAN KEPADA SEMUA IBU HAMIL UNTUK MINUM LEBIH BANYAK AIR MASAK.
4- BAJU HAMIL / BAJU MENGANDUNG
OK..YANG NI TAK PERLU NAK TERGESA-GESA. BIASANYA BAJU HAMIL NI BILA DAH MASUK 6 BULAN KEHAMILAN BARU KITA START PAKAI. SEBAB MASA TU PERUT BARU NAMPAK. TAPI KALAU NAK STANDBY AWAL PUN BLEYH...
5- BANTAL IBU HAMIL
BANTAL NI PUN LEBIH KURANG SAMA JUGAK DENGAN BAJU HAMIL TADI..BIASANYA PERUT DAH BESAR DAN BIAL KITA DAH MULA RASA TIDAK SELESA UNTUK BARING DAN TIDUR, KITA MUNGKIN PERLUKAN BANTAL KHAS UNTUK IBU HAMIL NI. INI KERANA BANTAL INI DIREKA KHAS UNTUK MENYOKONG TULANG BELAKANG DAN PERUT PARA IBU BAGI MENGURANGKAN KETIDAK SELESAAN SEMASA TIDUR DAN BARING.
6- STRETCH MARK LOTION
SEMASA HAMIL, KITA AKAN BERHADAPAN DENGAN KEMUNGKIN MENDAPAT REKAHAN TERUTAMA DI BAHAGIAN PERUT. INI KERANA PERUT KITA AKAN MEMBESAR DAN MENYEBABKAN KEWUJUDAN STRETCH MARK. OLEH ITU, STRETCH MARK LOTION DAPAT MEMBANTU MENGURANGKAN KESAN REKAHAN ITU. BAGI MAK, MEMANG MAK SUKA GUNA KRIM DARI PALMER'S COCO BUTTER. SELAIN BAUNYA YANG BEST, LOTION NI TIDAK MELEKIT DAN MUDAH DISERAP.
7- PANTIES YANG BANYAK
MUNGKIN ADA YANG KATA TAK PERLU. TAPI BAGI MAK, SEPANJANG KEHAMILAN, PANTIES PERLU DISEDIAKAN DENGAN BANYAK. INI ADALAH KERANA KEBANYAKKAN IBU HAMIL AKAN MENGALAMI MASALAH KERAP MEMBUANG AIR KECIL. OLEH ITU, KEMUNGKINAN PANTIES KITA DIJANGKITI KUMAN ITU ADA. JADI AMAT LA PERLU UNTUK KITA KERAP MENUKAR PANTIES SEKURANG-KURANGNYA 3 KALI SEHARI BAGI MEMASTIKAN KEBERSIHAN TERJAMIN.
8- SELUAR LYCRA / PINGGANG ELASTIK
HUHUHU...RASANYA DAH BANYAK NI..NANTI KALAU MAK ADE TERTINGGAL..BOLEH TOLONG REMINDKAN MAK..KEPADA PARA IBU DILUAR SANA. HARAP INFO INI DAPAT MEMBANTU....SELAMAT MENJALANI TEMPOH KEHAMILAN YANG INDAH INI..
ASSALAMUALAIKUM....
No comments:
Post a Comment