Sunday, 29 September 2013

Kaki kejang ketika hamil

Warggggghhhh.... Sakit nye...tapi itu la pengorbanan dan pahit getir yang perlu dilalui ibu mengandung sepanjang kehamilan...
Kalau nak diikutkan banyak lagi dugaannya...tapi akak nal share pasal kejang kaki...

Ya rabbi..tuhan saja yang tahu sakitnya bila ia menyerang..lebih2 lagi bila kandungan dah mencecah 7 bulan ni...tengah2 tido pun boleh kren...kebiasaan yang akak kena di bahagian labu betis...rasanya macam labu betis tu kena jerut dengan kuat dan menarik sehingga kita tak dapat gerakkannya..tak dapat nak gambarkan la..tp yang pasti memang mengalir air mata la
kalau tetibe kejang kaki...

Setakat ni akak dah kena 4 atau 5 kali la..nasib baik kena time suami ada...boleh la dia tolong urut dan sapukan minyak panas bagi mengurangkan kesakitan..bila tanya perkara ni kepada doktor..doktor kata itu perkara biasa berlaku kepada mana2 ibu hamil lebih2 lagi bila kandungan semakin membesar....

Friday, 27 September 2013

Keperluan ibu dalam berpantang

Assalamualaikum...
Sempena cuti hujung minggu ni..akak decide untuk senaraikan barang2 keperluan dalam pantang nanti..bukan apa..bila dah tinggal dua bulan je lagi ni...risau plak kalau ade barang yang tak cukup lagi....

Jadi akak akan senaraikan keperluan berpantang yang akak dah beli dan akan beli...stay tune...;)

1- set bersalin
Yang ni memang diperlukan..zaman sekarang memang susah nak dapat akar kayu original dari hutan..sape yang dapat tu untung la...so beli jer set moden...kalau masa ain dulu akak gunakan produk jamu mak dara..kali ni akak nak try plakcl rangkaian produk Nr..kepetusan di buat selepas penyelidikan dan research akak kat internet..ramai yang suggest nr...so meh kita cuba...

2-maternity pad
Maternity pad memang perlu..as we know kita akan keluar darah nifas lepas bersalin..so maternity pad memang kena standny awal2..tapi kalau ade yg nak guna pad biasa yang mcm guna masa period tu pun tak de masalah..cuma bezanya maternity pad ni lebih panjang...

3- bengkung
Bab bengkung ni memang akak cerewet skit..sebab bengkung ni penting untuk bantu kita pulihkan bentuk badan selain membantu menaikkan peranakkan...sbb tu akak ambil masa yang lama untuk dapatkan bengkung yang sesuai...akhirnya akak jumpa pengeluar bengkung mama n damia..ni la bengkung yang akak cari..bengkung tradisional bertali...saiz pun ngam ngan akak...

4-tungku batu sungai..
Actually akak tak dapat lagi tungku ni..tapi akak dah mintak tolong kawan ambilkan dari sungai dekat kampung dia...tungku penting yer you all...kalau boleh dalam tempoh 44 hari berpantang tu..plez la jgn skip untuk bertungku...ia baik untuk menaikkan semula dan mengecutkan peranakkan kita...

5-brass pad
Brass pad ni gunanya untuk kita tampung pengeluaran susu yang banyak selepas bersalin..kadang2 susu kita meleleh tapi baby still tido..so brass pad ni dapat bantu kita untuk elakkan susu smp membasahi baju...kan tak elok tu...hehehe...

6-minyak gamat dan minyak kayu kapur
Minyak gamat ni akak guna untuk rawat luka jahitan bersalin..masa bersalinkan ain ari tu akak letakkan minyak gamat di tempat jahitan setiap kali lepas mandi..alhamdulillah...seminggu lebih je keadaan luka jahitan dah tak nampak sangat...minyak kayu kapur tu plak akak guna untuk bengkung..sebelum berbengkung akak akan sapukan minyak kayu kapur dan kemudian baru la sapukan kapur sireh bercampur air limau nipis...petua ni bagus untuk kempiskan perut...selain dari tu korang juga boleh gunakan krim atau lotion yang dibeli siap dari kedai...

7-param dan pilis
Pilis diletakkan di atas dahi untuk mengelakkan kita terkena sakit kepala...manakala param pula diletakkan di seluruh badan untuk mengelakkan badan dimasukki angin...

8- rempah mandian
Yang ni pun penting jugak...rempah mandian digunakan untuk mengembalikan kesegaran dan keselesaan pada badan kita selepas bersalin...kalau tak nak beli yang dah siap di kedai..kita boleh juga gunakan daun herba tradisional yang direbus untuk dijadikan bahan mandian..antara daun yang boleh digunakan ialah daun pandan, daun inai dan sebagainya...

Okeyh..yang ni barang2 yang akak dah ada...nanti akak update lagi senarai yang akak belum beli lagi..tunguuu....chow..

Wednesday, 25 September 2013

Internet banyak membantu

Assalamulaikum..
Hari ni akak nak tulis entery pasal online transaction..tak kisah la internet banking ke, online shopping ker...goverment service ke..yang penting ade kaitan dengan internet.
Sekarang ni akak terpaksa akui akak memang sangat perlukan internet 24 hours... Tak rugi rasanya subscribe monthly internet menggunakan telefon pintar atau gadget peribadi...sebab akak sendiri rasa banyak sangat transaction sekarang akak buat melalui online.
Selain menjimatkan waktu..ia juga membantu menjimatkan minyak kereta dan juga tenaga...lebih2 lagi time tengah sarat ni...kalau setakat nak transfer duit  50..tak berbaloi rasanya nak memusing cari parking yang sangat susah di temerloh ni...setahun kebelakangan ni...akak dah mmg aktif dalam online shopping...so tak perlu bazirkan waktu pergi ke kedai and belek baju satu2...boleh dikatakan hampir semua baju dan tudung baru akak untuk tahun ni dibeli secara online...
Huhuhu...memang dah lame dah berkecimpung dalam dunia menyesakkan diri bersama orang ramai di shopping mall...harga dan kualiti yang di tawarkan oleh syarikat jualan online juga sangat memuaskan hati...
Terbaru akak memang dah stick dengan jenama poplook, dreamika, zawara, radiusite dan yg sentiasa di hati Fareeda...Even baju raya puasa baru ni pun combination fareeda and poplook... Sangat puas hati...tengok ni....

Selain dari tu banyak jugak perkhidmatan online lain yang akak gunakan...so sekarang tak perlu lagi nak beratur untuk bayar bil air dan api...bil telefon..bil astro dan sebagainya..lagi satu yang akak suka..kalau kita buat pembelian secara online..kita akan diberikan tracking number oleh penjual..so kita akan tahu pergerakkan barang kita tu dah sampai kat mane..hanya perlu check online dengan pejabat perkhidmatan penghantaran tu..contohnya sekarang akak tengah tunggu parcel dari pejabat pos...parcel ni lambat skit sebab gunakan perkhidmatan pos biasa aje..barangnya besar...so akak tak la tertunggu2 bila barang ni nak sampai sebab akak tahu barang tu dah berada di mana sekarang....
So to mummy2 out there..tak rugi pun kalau kita subscribe internet..banyak kebaikkan yang kita boleh dapat instead of keburukan.terpulang kepada kita nak gunakan kemudahan yang ada kearah kebaikan or tidak...wallahualam...chow...
..

Doa Semasa Hamil

Assalamulaikum..jom..
Hot mummy semua..kita amalkan doa ini..
 Bismillahirohmanirohim.....


Amin...:)

  

KEPERLUAN IBU HAMIL

ASSALAMUALAIKUM...

MEMANDANGKAN MAK TENGAH MENGANDUNG SEKARANG...MAK RASA ENTRY MAK DARI SEKARANG AKAN BANYAK BERKAITAN DENGAN PREGNANCY DAN PENGALAMAN MAK SEPANJANG 9 BULAN 10 HARI NI... SAJE NAK KONGSI-KONGSI...MANA LA TAHU KAN ADE INFO-INFI YANG BERGUNA YANG BOLEH DIGUNAKAN ORANG LAIN. 

ACTUALLY,  UNTUK IBU MENGANDUNG ATAU HAMIL NI..TAK BANYAK SANGAT KEPERLUAN FIZIKAL YANG DIPERLUKAN...TAPI KEPERLUAN MENTAL MEMANG SANGAT TINGGI. IBU HAMIL ATAU BAKAL HAMIL MEMANG PERLU BERSEDIA DARI SEGI MENTAL... TERUTAMA SEKALI BAGI YANG BARU PERTAMA KALI HAMIL. EMOSI DAN PEMIKIRAN KITA MEMANG AKAN SEDIKIT (ADA YANG BANYAK) BERUBAH. OELH IBU KEPADA PARA BAKAL IBU DAN BAKAL BAPA, BERSEDIALAH DARI SEGI MENTAL KERANA PERILAKU DAN PEMIKIRAN KITA SEPANJANG MENGANDUNG BOLEH MEMPENGARUHI BAYI YANG AKAN DILAHIRKAN. OLEH ITU SENTIASALAH BERSABAR DAN BERBINCANG JIKA ADA MENGHADAPI MASALAH. SETIAP DARI KITA PERLU MENGAWAL EMOSI AGAR TIDAK BERLAKU PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DIINGINI.SUAMI SANGAT MEMAINKAN PERANAN PENTING UNTUK MENJADI PENDORONG DAN KEKUATAN KEPADA ISTERI AGAR DAPAT MENGHADAPI SETIAP DUGAAN DAN CABARAN SEPANJANG TEMPOH KEHAMILAN.

OK LA...TUTUP BAB PERSEDIAAN DARI SEGI MENTAL. JOM KITA SENARAIKAN PULA KEPERLUAN LUARAN  IBU HAMIL. TAPI JANGAN LA RUSHING...SEBAB SEMUA KEPERLUAN NI INSYAALLAH KITA BOLEH PENUHKAN SEPANJANG 9 BULAN KEHAMILAN MENGIKUT KEPERLUAN.

1- SUSU 
TERPULANGLA KEPADA IBU HAMIL NAK PILIH BRAND APA BAGI SUSU NI..TAPI SUSU MEMANG SANGAT PENTING BAGI MENABAH KALSIUM DALAM BADAN KITA DIMANA KALSIUM JUGA DIPERLUKAN UNTUK PERTUMBUHAN TULANG BAYI. BAGI MAK, MAK SUKA MINUM SUSU ANMUM
2- VITAMIN 
MASA TRIMESTER PERTAMA, MAK GUNAKAN VITAMIN DARI SHAKLEE 
SET IBU HAMIL 

TAPI BILA DAH MASUK 6 BULAN, MAK START MAKAN VITAMIN YANG DIBEKALKAN OLEH KLINIK KESIHATAN. VITAMIN NI MEMANG PENTING UTNUK BANTU KITA KEKALKAN KERPERLUAN-KEPERLUAN ASAS VITAMIN DALAM BADAN. SEBAB KENAPA MASUK 6 BULAN BARU MAK MAKAN UBAT KLINIK, SEBAB MAK PERNAH TERBACA SATU ARTIKEL MENGATAKAN KALAU KITA MAKAN VITAMIN DARI KLINIK KESIHATAN DARI AWAL, SAIZ BABY MUNGKIN AKAN BESAR DAN MENYUSAHKAN PROSES BERSALIN. TAPI MAK SENDIRI TAK PASTI KESAHIHAN PENYATAAN INI.

3- AIR MASAK
SEPANJANG PROSES KEHAMILAN, AIR MASAK ATAU AIR KOSONG MESTILAH MENJADI TEMAN BAIK KITA. INI KERANA AIR MASAK SANGAT DIPERLUKAN BAGI MEMBEKALKAN CECAIR DALAM BADAN. SELAIN DARI ITU, MEMINUM AIR MASAK YANG BANYAK JUGA BOLEH MENGELAKKAN KITA TERKENA AIR KENCING KOTOR DAN SEBAGAINYA. OLEH ITU, SANGAT LA DISARANKAN KEPADA SEMUA IBU HAMIL UNTUK MINUM LEBIH BANYAK AIR MASAK.


4- BAJU HAMIL / BAJU MENGANDUNG 
OK..YANG NI TAK PERLU NAK TERGESA-GESA. BIASANYA BAJU HAMIL NI BILA DAH MASUK 6 BULAN KEHAMILAN BARU KITA START PAKAI. SEBAB MASA TU PERUT BARU NAMPAK. TAPI KALAU NAK STANDBY AWAL PUN BLEYH...

5- BANTAL IBU HAMIL 
 BANTAL NI PUN LEBIH KURANG SAMA JUGAK DENGAN BAJU HAMIL TADI..BIASANYA PERUT DAH BESAR DAN BIAL KITA DAH MULA RASA TIDAK SELESA UNTUK BARING DAN TIDUR, KITA MUNGKIN PERLUKAN BANTAL KHAS UNTUK IBU HAMIL NI. INI KERANA BANTAL INI DIREKA KHAS UNTUK MENYOKONG TULANG BELAKANG DAN PERUT PARA IBU BAGI MENGURANGKAN KETIDAK SELESAAN SEMASA TIDUR DAN BARING. 

6- STRETCH MARK LOTION 

SEMASA HAMIL, KITA AKAN BERHADAPAN DENGAN KEMUNGKIN MENDAPAT REKAHAN TERUTAMA DI BAHAGIAN PERUT. INI KERANA PERUT KITA AKAN MEMBESAR  DAN MENYEBABKAN KEWUJUDAN STRETCH MARK. OLEH ITU, STRETCH MARK LOTION DAPAT MEMBANTU MENGURANGKAN KESAN REKAHAN ITU. BAGI MAK, MEMANG MAK SUKA GUNA KRIM DARI PALMER'S COCO BUTTER. SELAIN BAUNYA YANG BEST, LOTION NI TIDAK MELEKIT DAN MUDAH DISERAP.





7- PANTIES YANG BANYAK

MUNGKIN ADA YANG KATA TAK PERLU. TAPI BAGI MAK, SEPANJANG KEHAMILAN, PANTIES PERLU DISEDIAKAN DENGAN BANYAK. INI ADALAH KERANA KEBANYAKKAN IBU HAMIL AKAN MENGALAMI MASALAH KERAP MEMBUANG AIR KECIL. OLEH ITU, KEMUNGKINAN PANTIES KITA DIJANGKITI KUMAN ITU ADA. JADI AMAT LA PERLU UNTUK KITA KERAP MENUKAR PANTIES SEKURANG-KURANGNYA 3 KALI SEHARI BAGI MEMASTIKAN KEBERSIHAN TERJAMIN.

8- SELUAR LYCRA / PINGGANG ELASTIK 



HUHUHU...RASANYA DAH BANYAK NI..NANTI KALAU MAK ADE TERTINGGAL..BOLEH TOLONG REMINDKAN MAK..KEPADA PARA IBU DILUAR SANA. HARAP INFO INI DAPAT MEMBANTU....SELAMAT MENJALANI TEMPOH KEHAMILAN YANG INDAH INI..

ASSALAMUALAIKUM....





Monday, 23 September 2013

HILANGKAN BAU BUSUK DALAM KERETA

HIKHIKHIK....SEBENARNYA SALAH SATU SEBAB AKU TERINGAT NAK UPDATE BLOG NI  ADE KAITAN DENGAN PETUA UNTUK HILANGKAN BAU BUSUK DALAM KERETA...TAK KIRA LA BAU BUSUK TU DATANGNYA DARI MAKANAN TUMPAH KE..MUNTAH ANAK KE...BAU DURIAN KE..BAU CEMPEDAK KE... YANG PENTING KERETA KORANG BUSUK..MESTI KORANG TAK SUKA KAN...

ITU LA YANG TERJADI KEPADA KAMI BERDUA...NAK DI JADIKAN CERITA HUJUNG MINGGU HARI TU KITORANG BALIK KAMPUNG.SEKARANG NI MEMANG MUSIM NANGKA..SO BERLAMBAK LA ORANG JUAL NANGKA KAT TEPI JALAN...KITORANG PUN SINGGAH LA BELI...TANPA BUNGKUS KE BALUT KE...AKU PUN LETAK JER NANGKA TU DALAM KERTA MACAM TU JER... APE LAGI....LEPAS TU TERUS LEKAT BAU NANGKA SATU KERETA..MEMANG MUAL LA....

SETELAH HABIS SEBOTOL AMBI PUR DAN GLADE DISEMBUR, BAU TU TAK MAU HILANG JUGAK...SO AKU PUN MINTAK TOLONG PAK CIK GOOGLE UNTUK CARI PETUA TRADISIONAL UNTUK HILANGKAN BAU NI... PERCAYA TAK... HAMPIR KESEMUA PETUA YANG AKU DAPAT MENGATAKAN ROTI POTONG DAN ARANG BOLEH HILANGKAN BAU  TERSEBUT...

HA.....MENGIKUT PETUA TERSEBUT..,KITA HANYA PERLU LETAKKAN BEBERAPA KEPING ROTI DALAM KERETA KITA SUPAYA ROTI TERSEBUT DAPAT SERAP SEMUA BAU TERSEBUT...
ROTI POTONG.. JANGAN PLAK LETAK ROTI INTI SRI KAYA !!!
 TAPI KORANG JANGAN LA BIARKAN ROTI TU SAMPAI DUA TIGA HARI...KARANG DARI NAK HILANGKAN BAU, DAH JADI SARANG SEMUT DAN LIPAS PLAK KERETA TU.. 

LAGI SATU, KALAU KORANG TAK NAK GUNA ROTI..KORANG JUGA BOLEH LETAK KAN ARANG.. HURM..YANG NI LA MENJADI PERDEBATAN AKU DAN AZIRAN... KENAPA MESTI ARANG...KENAPA ARANG..APA ADA PADA ARANG? 

 NI JAWAPANA DIA.. 

Arang adalah karbon aktif iaitu sejenis serbuk hitam yang boleh menyerap bau busuk atau kadangkala digunakan di dalam penapis air di rumah kita. 
Satu gram karbon aktif ini mempunyai keluasan permukaan tidak kurang dari 500 meter persegi iaitu berkali-kali ganda luas bilik darjah. Ia mengandungi lebih 85% jisim karbon aktif yang terdiri daripada unsur karbon.
Keistimewaan Karbon Aktif
Karbon ini dipanggil liang-liang seni yang berselirat di dalam seluruh strukturnya. Saiz liang-liang ini amat halus dan hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop elektron. Inilah yang menyebabkan karbon aktif mempunyai keluasan permukaan yang begitu besar. Pembentukan liang-liang seni berlaku semasa proses penyediaan karbon aktif itu.
 

Di dalam proses ini, bahan berkarbon seperti tempurung kelapa atau kayu dibakar secara terkawal tanpa oksigen pada suhu yang sangat tinggi. Peringkat ini dipanggil pengkarbonan dan disinilah terbentuknya hablur-hablur dengan kandungan kerbon yang tinggi tetapi tidak berliang. 
Kemudian diikuti oleh proses di mana gas seperti karbon dioksida melalui karbon yang dikenali sebagai pengaktifan dan ditahap inilah pembentukan liang seni yang banyak itu berlaku.
Liang-liang seni ini mempunyai pelbagai saiz yang boleh memerangkap molekul-molekul sama ada daripada gas atau cecair yang dilalukan kedalamnya. 
Inilah sebabnya karbon aktif berupaya menyerap bau di udara dan menapis kotoran di dalam air. Malahan hari ini karbon aktif telah digunakan dengan meluas. Misalnya di dalam penulinan dan pemisahan gas, industri makanan, perawatan air buangan, bidang perubatan, industry elektronik, penyahwarnaan dan lain-lain lagi industri. (COPY DARI : http://kutukandewata.blogspot.com/2012/07/petua-hilangkan-bau-busuk.html)

SO... SELAMAT MENCUBA...

MAY TO SEPTEMBER (BERSAWANG)

ASSALAMUALAIKUM...

HARLO.... LAMAKAN DAH TAK UPDATE BLOg..ANIN APE PLAK TETIBE HARI NI TERINGAT NAK UPDATE BLOG....? 
MENGINGAU KOT SEMALAM...HAHAHAHA...NI SEMUA GARA-GARA MAMAT AJILAN TU LA DUK PERLI-PERLI AKU DAH LAME TAK UPDATE BLOG...
HUHUHU..BUKAN APE...ENTAH LA..SEJAK PREGNANT NI...TAK RASA NAK NAK MENULIS..PADAHAL BANYAK SANGAT PERKARA NAK CERITA...

PENGALAMAN 2ND PREGNANT NI LAIN SANGAT DARI YANG FIRST MASA MENGANDUNGKAN AIN DULU...APE-APE PUN AKU BERDOAKAN SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALANYA...HMMM...

HARI NI GENAP KANDUNGAN AKU 27 MINGGU... DUE DATE (EDD) YANG DOCTOR BAGI 23 DISEMBER 2013. TAPI MASA SCAN HARI TU DOKTOR KATE BABY MUNGKIN DELIVER ON JANUARY SEBAB MENGIKUT UKURAN BABY, BABY AKAN LAHIR AWAL JANUARI 2014... RISAU PLAK RASA...SEBAB MASA AIN HARI TU AKU AWAL SEBULAN...YANG NI DOCTOR KATE LEWAT PLAK..APE2 AKU TAK KISAH YANG PENTING AKU SELAMAT MELAHIRKAN...INSYAALLAH..

mama dan si comel....Ain balqis yang akan dapat adik tak lama lagi..makin manje plak die sekarang...

RAMAI YANG TANYA..BABY BOY KE GUGURL..HUHUHU...SEBENARNYA..AKU PUN TAK TAHU..SEBAB SCAN ARI TU TAK NAMPAK...BABY NI PEMALU...BABY GIRL KOT...HEHEHE...NANTI LA..INGATNYA DAH MASUK 8 ESOK AKU NAK PERGI SCAN LAGI SEKALI...SEBAB NYA AKU DALAM DELIMA NAK BELI PAKAIAN DAN PERALATAN BABY... TAK TAHU NAK BELI COLOUR AND CORAK APE..NAK BELI KAER PINK KANG KALAU KELUAR BABY BOY CAM NER... HIKHIKHIK...

P/S : BUAT ABAH AIN... DAH READY KER NAK TAHU BABY GURL KE BOY??